بسم الله الرحمن الرحيمwelcome to my blog !even blog wani tak cantik ,thanks la jengukjenguk blog wani !dont forget to follow oke !

♚ Tulang Belakang Saia ♚

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI
       MEMBERIKAN KEMUDAHAN


CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH

jangan kau berputus asa 
kerana tidak melihat jalan keluar 
kalau begitu, di manakah Allah dan takdirNya ?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuan di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang di mudahkan oleh Allah. Oleh itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Allah yang Maha Pengasih, berjalanlah sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani , Yahudi, komunis, ataupun aama dan ideologi lain yang bertentangan dengan islam. Sedangkan, anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W. Anda juga termasuk orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah dan Fatimah . Semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat anda kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama . Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti dan Muhammad S.A.W sebagai rasul yang diikuti .

Bekalan...,
Bukan emas permata yang mempercantikkan anda,
melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda 
dan kekayaan anda adalah etika anda.

No comments :

Post a Comment