بسم الله الرحمن الرحيمwelcome to my blog !even blog wani tak cantik ,thanks la jengukjenguk blog wani !dont forget to follow oke !

♚ Tulang Belakang Saia ♚

Okay macam mana di hari yang penuh keberkatan ini ? semua sihat ? Alhamdulillah kalau masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat keindahan keindahan alam ini. ok takmau panjang cerita kita mulakan berkongsi serba sedikit ilmu yang in sya Allah boleh memberi manfaat .

Bismillahirahmanirrahim...
Aku juga seperti gadis lain. penuh dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang penyayang, baik hati, tak pernah curang dan sempurna di mataku.

Dan kerana cinta, aku leka. stelah bercinta. aku lupa akan kewajipan terhadap Allah, yang aku tahu hanyalah keseronokkan, kegembiraan yang sampai membuatkan aku lalai dengan perintah Allah . semakin malas aku untuk mendirikan solat 5 waktu . semakin malas membaca Al-Quran. aku makin terhayut kerana cinta . masa yang ada depenuhkan dengan bermsj call 24 jam . sampai kadang2 perasaan nak berjumpa itu membuak buak. bak kata orang kalau tak jumpa tu duduk tak senang lah . sebab apa ? sebab perasaan rindu . tapi dengan mak ayah tak pula kita nak rindu sampai membuak buak perasaan tu nak jumpa kan ? hm renungkan lah . malah sampai dalam hati ni dia lah segala galanya bagi kita . masa bersama keluarga bersama kawan-kawan semakin tiada. begitulah kuatnya kuasa cinta
Tapi sekarang syukur Alhamdulillah petunjuk demi petunjuk aku berniat untuk berubah . berubah kejalan yang diredhai Allah .walaupun masih lagi singkat dan cetek dengan ilmu agama. tapi in sya Allah aku akan berusaha memperolehi ilmu. perasaan syg dan cinta mulai aku hakis sedikit demi sedikit untuk dia . bukan maksud aku ingin melupakannya tapi aku mahu mencintai Allah melibihi segalanya. aku beritahu dia dan Alhamdulillah dia faham dengan apa yang aku perkatakan . Allah takkan memberi selain hambanya memohon dan meminta kepadaNya. sesungguhnya berubah itu bukannya mudah ia memerlukan ketabahan hati disaat dicaci dihina . kuatkan hati kuatkan iman in sya Allah boleh :-)
Ingatlah kawan-kawan, cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. kalau sayang masing2 boleh tunggu cinta yang halalkan ? in sha Allah kawan-kawan Allah akan pertemukan jodoh yang terbaik untuk kita . yang bahagia, cinta selepas kahwin. cinta yang halal. yang penuh keberkatan.
Yakinlah bahawa Allah telah mempersiapkan yang lebih baik untuk kita. Dosa semalam telah mengingatkan aku bahawasanya tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Allah . Aku pasrah ...

No comments :

Post a Comment