بسم الله الرحمن الرحيمwelcome to my blog !even blog wani tak cantik ,thanks la jengukjenguk blog wani !dont forget to follow oke !

♚ Tulang Belakang Saia ♚

Pahit kan ku Telan

kamu tidak pernah tahu bagaimana susahnya dia nak move on 



Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari kisah lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya?
Malangnya tidak.
Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang…
…perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.
Watak-watak dan babak-babak yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.
Siapa yang boleh menjangka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.
Hati kita bingung. Akal kita bercelaru.
Adakah itu bermakna kita lemah?
Bukan. Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang-kadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.
Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya
Apa yang harus kita harus lakukan ketika hati tak kuat ?
sangat sukar apabila sesuatu yang perit harus kita terima . saya sendiri pernah alami . dulu saya mengenali seseorang yang sangat baik , selalu ambil berat hal diri saya . tapi bila dah lama kenal makin lama hubungan makin renggang ada saja masalah yang timbul . selalu sangat masing2 terasa hati . dan sekarang Allah dah bagi jawapan dan saya redha . saya dah berazam saya takkan ada hubungan dengan sesiapa lagi . niat nak berubah tu ada cuma hati ini masih belum kuat . in sha Allah saya akan cuba .
sekarang saya rasa selesa berkawan dengan sesorang ini rasa lebih tenang . saya pun tidak tahu kenapa . tapi ramai yang tak suka kami masih berkawan . dulu saya buang dia dari hidup . tapi dia sanggup tunggu saya . bertapa kejamnya saya . dan sekarang masing2 berjanji percaya pada jodoh . dan in sha Allah dengan izin Allah jodoh antara kami pasti tiba. saya dah penat dengan semua ini . nak move on bukan senang . nampak luaran tersenyum lebar tapi jauh di lubuk hati menyimpan kesedihan yang sangat mendalam . saya nak berterima kasih pada dia yang selalu dan tak pernah jemu dengan kerenah saya , even dah macam2 saya keluarkan kata2 kesat padanya . terima kasih :)
Jangan anggap kehidupan ini semudah garisan yang lurus 
move on itu sukar, tetapi itulah perkara terbaik untuk mencapai kebahagiaan.
Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Memang bibir mudah melafaz redha. ‘Aku redha…’
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar nak dibuat

, sesuatu objek yang bergerak akan terus kekal bergerak jika tiada daya luar bertindak ke atasnya. Namun ia adalah mustahil kerana dalam dunia kita wujudnya daya geseran.
Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa, kesedihan yang melampau dan tekanan perasaan. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai ‘daya geseran’ yang mengganggu momentum kita
Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.
InsyaaAllah, semoga iman kita semua terpelihara.
Kereta kalau tengah laju-laju tetiba emergency brake boleh remuk terbabas.
Samalah perasaan dalam hati.
Ambil jarak dan masa anda untuk perlahankan perasaan itu.
Jangan terlalu memaksa ia.
Kelak kita yang sakit. 
Semoga Allah jaga hati ini.


Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik.

Kerana..
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)
*NHR*