بسم الله الرحمن الرحيمwelcome to my blog !even blog wani tak cantik ,thanks la jengukjenguk blog wani !dont forget to follow oke !

♚ Tulang Belakang Saia ♚




Kalau tak pernah rasa peritnya sebuah penghijrahan, tak payah kata apa apa.
Aku pernah rasa. Aku pernah lalui, dan aku faham 

Dari tak pakai tudung,
Mula pakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan,
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
Ingat senang ke semua tu? 
Ingat mudah ke nak tempuh semua tu? 
Belum lg tmpuh cacian org,
Belum lg tempuh pandangan sedara mara?
Belum lg tempuh kritikan kawan2.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima KEJIAN dan KRITIKAN, nak tahu apa yg PALING PERIT bagi orang yang CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH ?
Yang paling perit adalah,
Bila org pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa,
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagho sini sana,
Ikhtilat entah kemana ,
Gelak tak ingat dunia,
Gedik terkinja2.
Orang ingat, 
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya,
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu ? 
walhal diri tak seindah itu.
Orang yg memandang itu tak tahu,
Apa yg muslimah itu rasa,
Apa yg muslimah itu tempuh,
Dalam waktu2 dia mencuba,
Orang itu tak tahu...
Muslimah itu kadang2 rapuh,
Kadang2 jatuh,
Kadang2 tak utuh,
Kadang2 menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang2 tersasar,
Kadang2 lebih berdosa dari pendosa,
Kadang2 terpesong dr landasannya.
Orang itu tak tahu,
Muslimah itu sama,
Manusia biasa,
Ada jiwa ,
Ada rasa,
Orang itu tak tahu..
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia,
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang org lain kata,
Dia berusaha mencapai harapan org2 yg berharap tinggi padanya.
Tabahlah muslimah,
Andai itu jalan yg dipilih,
Allah telah pun memelihara kita,
Allah telah pun menjaga kita ,
Lalu, ia terpulang kepada cara kita, menjaga apa yg Allah jga utk kita.
Hidayah itu perlu dicari. 
Bukan dinanti.
Cari sejauh mungkin,
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telah pun ditemui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri,
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi
Atau biarkan saja hidayah tu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi,
Kononnya nak tunggu lain kali,
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya,
Hidayah itu tidak menunggu kita, Andai kita tidak pergi mendapatkannya,
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata
Belum bersedia,
Kerana perubahan itu tak perlu yg secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan,
Jangan biarkan hidayah itu pergi, tanpa kita cuba mengambilnya
Kerana bila ia pergi , belum tentu akan kembali lagi.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itulah
Kadang kadang 
Ada juga muslimah yang yg memilih utk menutup luarannya,
Bukan nak tutup dosa2nya
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia ,
Tapi sekurang kurangnya 
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia jaga,
Melindungi apa yang Allah telah amanahkan pada dia. 
Mana tahu , dgn kita menjaga hidayah yg Allah beri,
Allah beri pula rasa utk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang2 
Dengan menjaga luaran, juga terdidiklah yg dalaman.
InshaAllah. 
Ameen. Allahumma ameen...
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah utk berubah 
Masih juga terkadang muslimah itu
Ada kesalahannya
Ada silap langkahnya
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna
Namun jika benar perubahan itu Lillahitaala,
Semua kerana Allah !
Jangan lembik ! Jangan lemah !
Bila jatuh bangun lagi .
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan syurga kan ? 
Maka beramal lah seperti ahli syurga
Dan yang paling penting
Biar saja apa manusia nak kata
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal ? 
Senyum 

Pegang dada. 
Sematkan dalam diri 
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih syg Allah yang cukup banyak membimbing aku kesini".
InshaAllah 


No comments :

Post a Comment